Ikuti Kami:

Dialog Song Joongki Dalam ‘Queen Of Tears’ Dituduh Perli Penceraian Bersama Song Hyekyo?

Dialog Song Joongki Dalam ‘Queen Of Tears’ Dituduh Perli Penceraian Bersama Song Hyekyo?

Sejak kebelakangan ini, ramai betul menyebut mengenai penceraian antara Song Joong-ki dan Song Hye-kyo kan?

Terbaru, ramai yang mula mengimbau memori mengenai kejadian itu selepas melihat kemunculan Song Joong-ki di dalam drama “Queen Of Tears”.

Dalam adegan Vincenzo muncul sebagai peguam perceraian Hong Hae-in (Kim Ji-won) dan membincangkan perceraian dengan suaminya Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun), Vincenzo marah apabila mendengar alasan perceraian “tidak dapat mengatasi perbezaan” yang dinyatakan oleh peguam Baek Hyun-woo dan dia bahkan mencarut dalam bahasa Itali. Vincenzo menjelaskan bahawa alasan sedemikian akan membuat orang ramai berfikir bahawa suami Hae-in bercerai dengannya kerana personalitinya yang buruk.

Kemudian, Vincenzo mencadangkan alasan lain, seperti “Mereka menjauh kerana jadual yang sibuk”, “Mereka bersetuju menjadi kawan baik”, dan “Mereka mengharapkan yang terbaik untuk satu sama lain”.Apabila mendengar itu, Hong Hae-in tidak bersetuju dengan ayat terakhir berkenaan. Walau bagaimanapun, Vincenzo berkata, “Dari apa yang saya lihat, tiada sesiapa yang pernah melakukan itu. Itu hanya alasan.”

song joongki

Respons netizen, dialog Song Joong-ki mengenai alasan perceraian adalah antara sebab paling biasa digunakan oleh pasangan selebriti Korea apabila mereka bercerai. Sebenarnya, apabila Song Joong-ki dan Song Hye-kyo berpisah, agensi Song Hye-kyo menjelaskan bahawa “kedua-dua tidak dapat mengatasi perbezaan dalam personaliti”, manakala pihak Song Joong-ki enggan mendedahkan butiran perceraian dan meneruskan proses perceraian secara peribadi. Oleh itu, sesetengah orang tertanya-tanya jika pelakon tersebut sedang memerli bekas isterinya dengan baris itu dalam “Queen of Tears”.

Namun, ramai membela Song Joong-ki, mengatakan bahawa dialog tersebut ditulis oleh penulis dan dia tiada kaitan dengannya. Selain itu, bukan hanya mereka tetapi rami pasangan bintang Korea lain juga menggunakan alasan yang sama untuk bercerai.

Alaa dialog je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...