Meskipun sudah hampir 2 tahun tidak mengeluarkan apa-apa muzik baharu, BLACKPINK nampaknya masih mengekalkan kedudukannya sebagai kumpulan gadis K-Pop teratas.

Pada 16 April, BLACKPINK telah mencipta sejarah baharu bagi mana-mana kumpulan gadis, yang berjaya mencapai 100 juta penstriman bagi setiap lagu dalam album keluaran mereka “The Album”, iaitu album penuh pertama kumpulan tersebut.
Untuk pengetahuan, “The Album” mempunyai 8 lagu, dengan “Lovesick Girls” sebagai judul lagu, “How You Like That”, “Crazy Over You”, “You Never Know”, “Ice Cream”, “Pretty Savage”, “Love to Hate Me” dan “Bet You Wanna” sebagai lagu sampingan.
Selepas “You Never Know” menyertai pada pagi ini, kini, kesemua lagu dalam album “The Album” telah melepasi 100 juta penstriman di laman Spotify. BLACKPINK telah menjadi kumpulan wanita pertama dan satu-satunya, yang mempunyai semua lagu dengan 100 juta aliran di laman muzik tersebut.
Tahniah buat BLACKPINK!