Ikuti Kami:

Cipta Sejarah! BLACKPINK Kumpulan Pertama Adakan Konsert Di Gocheok Sky Dome September Ini

Cipta Sejarah! BLACKPINK Kumpulan Pertama Adakan Konsert Di Gocheok Sky Dome September Ini

BLACKPINK sekali lagi mencipta sejarah baru sebagai kumpulan K-Pop!

Terbaru, BLACKPINK telah mengumumkan butiran untuk konsert terakhir mereka di Seoul, yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 September ini.

Menarik perhatian ramai, konsert jelajah “Born Pink” tersebut akan diadakan di Gocheok Sky Dome di Seoul, menjadikan mereka kumpulan pertama dalam sejarah K-Pop yang akan membuat persembahan di stadium ikonik itu.

Untuk pengetahuan, Gocheok Sky Dome ialah stadium berprofil tinggi yang luas di Seoul, dengan kapasiti kira-kira 25,000 penonton untuk konsert.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial)

Kagum dengan pencapaian terbaru BLACKPINK, netizen telah meninggalkan komen,

Saya tertanya-tanya adakah mereka akan dapat memenuhi semua tempat duduk sehingga tingkat tiga.

 

Ini sangat gila, saya pasti akan pergi.

 

Tahniah! Saya cuma berharap agar saya dapat beli tiket nanti.

 

Saya tidak percaya akan ada kumpulan gadis yang membuat persembahan di Gocheok.

Untungnya siapa yang dapat pergi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...