Nampaknya, kumpulan NewJeans berjaya meraih kejayaan yang mengagumkan dalam sejarah muzik Korea.
BACA: Baru Belasan Tahun, Ahli NewJeans Dipilih Jadi Duta Jenama Mewah Gucci, LV & Burberry
Menurut Carta Bulatan (Carta Gaon), album sulung NewJeans iaitu “New Jeans” yang dikeluarkan pada 1 Ogos 2022, telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak satu juta salinan, dan mencipta rekod baharu dalam kalangan kumpulan idola wanita di sejarah Korea.
Dengan hasil jualan itu, mini album NewJeans menjadi album pertama kumpulan Korea yang terjual lebih daripada satu juta salinan dalam tempoh 26 tahun dan berjaya mengatasi album “School Byeolgok” oleh SECHSKIES pada tahun 1997.
Untuk maklumat, kumpulan NewJeans telah melakukan debut mereka pada 22 Julai tahun lalu dengan lagu “Attention”.
Tahniah Newjeans!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉