Ikuti Kami:

Baru Belasan Tahun, Ahli NewJeans Dipilih Jadi Duta Jenama Mewah Gucci, LV & Burberry

Baru Belasan Tahun, Ahli NewJeans Dipilih Jadi Duta Jenama Mewah Gucci, LV & Burberry

Belum setahun debut, NewJeans nampaknya telah membuktikan mereka sebagai antara kumpulan K-Pop paling popular kini.

Terbaru pada 6 Januari, agensi NewJeans iaitu ADOR secara rasmi mengumumkan bahawa Danielle telah dipilih sebagai duta global baru untuk jenama fesyen mewah, Burberry.

Sebelum ini, ahli NewJeans yang berumur 14 tahun kini iaitu Hye-in, turut diumumkan sebagai duta bagi jenama mewah Louis Vuitton dan merupakan duta paling muda untuk jenama itu setakat ini.

newjeans global ambassador

Bukan sahaja Danielle dan Hye-in, Hanni yang berasal dari Vietnam-Australia merupakan ahli NewJeans yang pertama dilantik sebagai duta untuk jenama fesyen mewah buat Gucci.

Memandangkan NewJeans merupakan kumpulan ‘rookie’ yang debut pada Julai 2022 lalu, ini merupakan pencapaian mengagumkan buat kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, NewJeans baru sahaja melancarkan album baru mereka dengan lagu “OMG” dan “Ditto”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...