Ikuti Kami:

Cipta Rekod Hebat, Album Solo Jimin BTS ‘Face’ Raih 1 Juta Jualan Pada Hari Pertama

Cipta Rekod Hebat, Album Solo Jimin BTS ‘Face’ Raih 1 Juta Jualan Pada Hari Pertama

Wow, ini merupakan kejayaan yang hebat buat Ji-min BTS!

Pada 24 Mac yang lalu, Ji-min BTS telah melancarkan album debut solonya iaitu “Face” dan berjaya mencapai rekod jutaan jualan pada hari pertama keluaran. Album ini juga telah mengungguli carta iTunes di 110 negara di seluruh dunia dan mencapai puncak Carta Harian Oricon Jepun.

Menurut BigHit Music dan Carta Hanteo pada 26 Mac, album “Face” telah terjual sebanyak 1,021,532 salinan pada hari pertama sejak ia dilancarkan dan menjadikan Ji-min satu-satunya artis solo K-Pop yang mempunyai pencapaian sedemikian.

Untuk maklumat, album “Face” ialah album solo rasmi pertama Ji-min selepas 10 tahun debut. Ia mengandungi 6 buah lagu, termasuk lagu utama iaitu “Like Crazy” dan lagu pra-keluaran “Set Me Free Pt.2”.

jimin bts

Selain dari itu, album Ji-min juga berjaya mengungguli “Carta Album Teratas” iTunes di 63 negara di seluruh dunia, termasuk Sepanyol, Mexico dan Greece.

Kemudian, lagu utama dalam album itu juga telah menduduki tempat pertama di “Carta Lagu Teratas” iTunes di 111 negara di seluruh dunia, manakala muzik video itu juga sudah melepasi 16.59 juta tontonan pada 24 Mac hari tayangannya.

Sebelum ini, Ji-min pernah berkongsi bahawa dia ikhlas dalam mempersiapkan album ini dengan meletakkan sisi baru dirinya.

Saya meletakkan perasaan ikhlas seperti ketakutan, kebimbangan, dan kekosongan yang saya rasakan semasa wabak pendamik itu ke dalam album. Semuanya adalah cabaran baharu buat diri saya. Saya juga menyediakan album ini dengan keinginan untuk menunjukkan sisi baharu BTS Ji-min yang tidak dijangkakan oleh ramai orang.

Tahniah Ji-min!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...