Kesian Ji-min..
Baru-baru ini, saluran YouTube BTS telah mengeluarkan video di sebalik tabir di mana Ji-min sedang merakamkan muzik video solonya iaitu “Set Me Free Pt.2”.
Dalam video tersebut, penyanyi itu berkongsi bahawa dia sedang menjalani diet untuk aktiviti tahun ini dan dia juga mengaku bahawa tidak mudah untuk kekalkan berat badan.
Bukan mudah untuk mengekalkan berat badan saya dalam lingkungan 50KG, tetapi saya sudah mula membiasakannya sekarang.
Tambahnya lagi,
Setiap malam, saya menulis apa yang saya mahu makan sebelum tidur.
Ketika Ji-min menyenaraikan hidangan yang ingin dimakan, dia juga sempat membuat ekspresi sayu dan ketawa sambil berkata,
Semalam, saya menulis nama makanan yang saya rasa saya nak makan iaitu kalguksu, daechang, dan ramyeon. Saya mengidam makanan yang pedas. Sudah lama saya tidak makan tteokbokki. Kalguksu dengan kimchi juga kedengaran sangat menakjubkan.
Sementara itu, Ji-min sudah bersedia untuk mengeluarkan album solo pertamanya pada 24 Mac ini.
Janji Ji-min kekal sihat selalu.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉