“The Roundup: Punishment” yang ditayangkan pada 24 April lalu telah berjaya mencipta rekod baru.
Pada 15 Mei, Persatuan Filem Korea telah mengumumkan bahawa “The Roundup: Punishment” telah melepasi lebih 10 juta tontonan di panggung.
Malah, filem ini hanya mengambil masa selama 22 hari sahaja untuk mencapai kejayaan yang luar biasa itu.
<범죄도시4> 1,000만 관객 돌파!!!!
한국영화 최초 ‘트리플 천만’ 시리즈 등극🏆함께해 주신 관객 여러분이 진정한 FDA
저희의 히든카드입니다😎
뜨거운 성원 진심으로 감사드립니다❣ #범죄도시4 #절찬상영중 #마동석 #김무열 #박지환 #이동휘 #허명행감독#김민재 #이지훈 #김도건 #이주빈… pic.twitter.com/VkoaQLzZ3f— 에이비오엔터테인먼트 (@abo_ent) May 14, 2024
Kejayaan ini turut mencipta rekod baru dalam industri perfileman Korea. Di mana, filem itu kini telah menjadi filem keluaran 2024 yang terpantas untuk mencapai lebih 10 juta tontonan.
Sementara itu, “The Roundup: Punishment” mengisahkan tentang perjalanan seorang detektif yang bernama Ma Seok-do (Ma Dong-seok) yang perlu menyelesaikan kes jenayah dalam talian tanpa sempadan yang diuruskan oleh Baek Chang-ki (Kim Mu-yeol).
Filem ini merupakan filem ketiga bagi siri “The Outlaws” yang pada mulanya ditayangkan pada tahun 2017.
Korang dah tonton ke belum filem ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.