Ikuti Kami:

Cipta Akaun ‘Fake’ Menyamar Jadi Park Seojoon, Agensi Beri Notis Amaran

Cipta Akaun ‘Fake’ Menyamar Jadi Park Seojoon, Agensi Beri Notis Amaran

Alamak ada yang menyamar jadi Park Seo-joon la!

Baru-baru ini, agensi Park Seo-joon telah memuat naik satu notis amaran mengenai akaun media sosial yang menyamar menjadi pelakon tersebut.

Berikut adalah notis yang dikeluarkan,

Helo, ini ialah Awesome Entertainment.

Ini adalah laporan berkenaan akaun SNS dan DM(Direct Message)
yang telah menyamar sebagai pelakon Park Seo-joon.

Kami ingin mengumumkan bahawa kini pelakon Park Seo-joon tidak mengendalikan mana-mana SNS yang lain kecuali akaun YouTube rasminya (박서준 Record PARK’s), Instagram (@bn_sj2013).
Dalam apa jua keadaan, dia tidak memanggil peminat secara peribadi atau menuntut wang.

Sila ambil perhatian tentang perkara ini agar tidak mengalami kerosakan daripada akaun yang ditiru. Kami juga meminta anda semua untuk langkah berjaga-jaga.

Terima kasih.

park seojoon

Selepas agensi memuat naik notis tersebut, beberapa peminat Park Seo-joon telah meninggalkan komen dengan ucapan terima kasih kerana memaklumkan mengenai kes ini.

Untuk maklumat, Park Seo-joon akan muncul sebagai ahli untuk rancangan hiburan baru Na Young-seok PD iaitu “Jinny’s Kitchen” pada 24 Februari ini.

Kesian Park Seo-joon..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...