Ikuti Kami:

Cinta Tiada Batas, Ini Antara 6 Selebriti Korea Kahwini ‘Orang Luar’

Cinta Tiada Batas, Ini Antara 6 Selebriti Korea Kahwini ‘Orang Luar’

Cinta tidak mengenal erti rupa, umur, harta mahupun negara. Namun pada zaman dahulu, orang tua di Korea sangat menentang anak-anak mereka daripada berkahwin dengan warganegara lain selain negara sendiri.

Perbezaan budaya mungkin agak mencabar bagi 6 pasangan selebriti ini tetapi mereka tetap utuh bersama sehingga kini. Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 selebriti yang mempunyai pasangan bukan orang Korea.

Song Joong-ki & Katie Louise Saunders (Britain)

song joong-ki and wife

Song Joong-ki mengesahkan hubungannya dengan warga Britain, Katy Louis Saunders pada Disember 2022. Bintang “Descendant of The Sun” itu mengumumkan perkahwinannya dengan pasangan dan dalam pada itu dia telah berkongsi berita menggembirakan bahawa Saunders mengandung anak pertama mereka. Tanggal 14 Jun 2023 merupakan tarikh bersejarah buat Song Joong-ki dan isteri kerana sah menjadi ibu bapa untuk anak lelaki pertama mereka yang dilahirkan di Itali.

Jeong Jun-ha & Nina Yagi (Jepun)

Jeong Jun-ha & Nina Yagi

Jeong Jun-ha bertemu isterinya semasa dalam pesawat penerbangan. Oleh kerana terpikat dengan kecantikan pramugari Jepun Nina Yagi, pelawak itu bertukar alamat e-mel yang akhirnya membawa kepada perkahwinan pada Mei 2012. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel pada Mac 2013.

Beenzino & Stefanie Michova (Jerman)

Beenzino and Stefanie Michova

Penyanyi rap Korea Beenzino dan model Jerman, Stefanie Michova telah berkahwin pada 5 Ogos 2022. Beenzino berkata dia telah belajar berbahasa Inggeris semasa tinggal di New Zealand untuk berkomunikasi dengan kekasihnya pada ketika itu. Dia dan pasangan bercakap dalam bahasa Inggeris dan Stefanie juga cuba mempelajari bahasa Korea.

Choo Ja-hyun & Yu Xiaoguang (China)

Choo Ja-hyun & Yu Xiaoguang

Choo Ja-hyun berkahwin dengan pelakon Cina, Yu Xiaoguang yang ditemuinya pada tahun 2012. Pada tahun 2018, dia melahirkan seorang bayi lelaki. Pasangan itu juga pernah membintangi rancangan TV Korea Selatan yang popular itu “Same Bed, Different Dreams 2”

Choo Sung-hoon & Shiho Yano (Jepun)

Choo Sung-hoon & Shiho Yano

Atlit gusti Korea Selatan sangat popular dalam rancangan realiti “The Return of Superman”. Choo Sung-hoon berkahwin dengan Yano Shiho pada Mac 2009, dan menimang cahaya mata pada Oktober 2011.

Park Joo-ho & Anna (Swiss)

Park Joo-ho and Anna

Park Joo-ho ialah seorang pemain bola sepak Korea Selatan dan juga terkenal dengan penampilannya di “The Return of Superman”. Dia bertemu isterinya Anna, semasa bermain untuk pasukan Basel FC yang merupakan kelab bola sepak Switzerland. Kini mereka mempunyai dua orang cahaya mata yang comel. Pada November 2022, Anna mendedahkan kepada umum bahawa dia sedang bertarung dengan penyakit kanser. Harap semuanya baik-baik sahaja!

Tang Wei & Kim Tae Yong (China)

Tang Wei & Kim Tae Yong

Kim Tae Yong ialah pengarah filem “Late Autumn” (2010) lakonan Hyun Bin dan Tang Wei, di mana pasangan ini bertemu. Pasangan itu mengumumkan perkahwinan dengan berkata:

Melalui pawagam, kami bertemu dan memahami antara satu sama lain. Kami menjadi kawan dan kemudian kekasih. Walaupun kami mesti belajar bahasa masing-masing, ini adalah saat paling gembira kerana kami berdua percaya bahawa kami akan lebih memahami, menghormati dan menghargai satu sama lain.

Semoga berkekalan!!!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...