Ikuti Kami:

Perbezaan Budaya Bukan Halangan! 4 Pasangan Korea-Malaysia Yang Dikenali Ramai

Perbezaan Budaya Bukan Halangan! 4 Pasangan Korea-Malaysia Yang Dikenali Ramai

Sejak fenomena Korea mula menceroboh masuk di Malaysia, semakin ramai yang mula merasakan bahawa orang berasal daripada sana boleh tahan tampannya. Mungkin juga penangan melihat pelakon Korea dan juga idola seperti Suzy, Lee Min-ho, EXO, Blackpink yang membuat jantung berdegup kencang.

Bahkan ada juga gadis dan teruna yang menanam impian untuk mencari orang Korea sebagai pasangan hidup, kalau jodoh apa salahnya kan?

Di sini ada tersenarai beberapa pasangan suami isteri Korea-Malaysia yang terkenal dan menerima reaksi positif daripada orang ramai.

Nik Muhammad Ryzal & Yoo Na-rae

pasangan malaysia korea

Pasangan ini boleh dikatakan agak popular dek telatah Na-rae yang comel dan kelakar. Bahkan wanita itu langsung tak kekok semasa mula-mula diperkenalkan dengan budaya tempatan terutama di Kelantan.

Menurut Nik Muhammad Ryzal berkata, dia mula mengenali wanita itu sejak melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan di Universiti Korea, Seoul dan mula rapat sejak awal tahun 2019.

Membuat keputusan untuk menikah secara sederhana pada Ogos tahun yang sama, mereka kini kelihatan bahagia selepas melangkah ke fasa hidup yang baru itu. Kedua-dua ibu bapa Na-rae juga merestui anak mereka untuk menganut mana-mana agama lantas memudahkan urusan kedua merpati dua sejoli itu.

Khaleed & I-seul

pasangan malaysia korea

Khaleed mula popular selepas muncul dalam rancangan “Abnormal Summit” bagi membincangkan mengenai sesuatu isu semasa berdasarkan pandangan orang Malaysia. Sejak adaripada itu, lelaki tersebut mula dikenali dalam kalangan peminat K-Drama dan K-Pop.

Lelaki itu mendedahkan bahawa dia mengenali Lee Seul menerusi sebuah acara yang dihadiri oleh rakan-rakan daripada Korea dan juga Kanada. Meskipun ada bertukar ID KakaoTalk namun wanita itu langsung tidak menghubunginya. Namun segalanya berubah apabila Khalid tersilap menghantar mesej kepada wanita tersebut dan hubungan mereka terus bercambah daripada situ.

Bahkan isterinya itu merupakan seorang yang sering menyokong segala impiannya termasuklah untuk berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri walaupun ia adalah satu keputusan yang berisiko tinggi.

Lee Seul juga sangat menghormati agama Islam sewaktu awal perkenalan mereka dan dia menunjukkan minat untuk mempelajari lebih agama baru itu dengan lebih mendalam. Pasangan itu kemudiannya menikah pada tahun 2017 dan terus hidup bahagia sehingga ke hari ini.

Fadhi & Kim Je-young

pasangan malaysia korea

Siapa sangka bertemu buat pertama kali ketika ditugaskan untuk menjaga pelajar antarabangsa menerusi program pertukaran pelajar, Fadhi dan Aiman Kim Je-young akhirnya berjodohan dan berkahwin akhirnya. Menurut Fadhi selepas sebulan berkenalan, hubungan mereka bertambah rapat dan lelaki itu memberitahu hasrat hatinya untuk menikahi Fadhi sehingga kedua ibu bapa wanita itu juga terkejut mendengarnya.

Bahkan pasangan suami isteri ini turut bersama-sama menjalankan bisnes tour dan travel untuk para pelancong yang berjalan di Korea. Dengar cerita, Fad pun tengah mengandung anak pertama sekarang ini. Mesti anak mereka comel nanti!

Jehan Miskin & Julie Rhee

pasangan malaysia korea

Jehan Miskin merupakan antara selebriti popular yang telah menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita Korea. Perkenalan mereka nyata unik apabila lelaki itu  bertemu dengan Julia buat pertama kalinya ketika di gymnasium.

Lagi kelakar apabila wanita itu menyangkakan bahawa Jehan adalah seorang penganggur kerana enggan menyatakan pekerjaan sebenarnya namun semuanya terbongkar apabila lelaki itu kerapa didatangi oleh peminat yang mahu bergambar dan meminta tanda tangannya.

Pandai menyorok tahu! Sampaikan tiada siapa yang dapat hidu mengenai perhubungan cinta yang terjalin selama 5 tahun sebelum pasangan itu membuat keputusan untuk menikah. Julia pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dek sudah tinggal selama hampir 6 tahun di Malaysia kerana tuntutan kerjanya.

Walaupun sudah jarang melihat Jehan di kaca televisyen, pasangan itu nampak bahagia keran sering melakukan pelbagai aktiviti luar sekiranya anda menjengah ke ruangan Instagram rasmi mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...