Ikuti Kami:

Cinta Pelakon & Jurubahasa, Son Sukku Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Can Love Be Translated?’

Cinta Pelakon & Jurubahasa, Son Sukku Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Can Love Be Translated?’

Selepas “Big Bet”, pasti ramai yang nantikan drama lakonan Son Suk-ku yang seterusnya kan?

Terbaru pada 13 April, agensi secara rasmi mengumumkan bahawa Son Suk-ku telah menerima tawaran untuk terajui drama “Can Love Be Translated?” dan masih dalam perbincangan kini.

Untuk pengetahuan, “Can Love Be Translated?” ialah drama percintaan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai jurubahasa dan seorang wanita yang bercakap bahasa cinta yang sama sekali berbeza dari bahasa cintanya sendiri.

Disebabkan pendekatan yang berbeza tentang cinta, mereka berdua berulang kali salah faham antara satu sama lain dan kecewa kerana niat mereka hilang dalam terjemahan.

son sukku

Jika Son Suk-ku menerima tawaran tersebut, dia akan membawa watak sebagai seorang jurubahasa yang genius boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Jepun.

Pelakon popular Joo Ho-jin, yang jatuh cinta dengan jurubahasanya Cha Shin-hye semasa promosi di luar negara.

Nantikan maklumat lanjut!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...