Jung Ryeo-won telah disahkan untuk membintangi drama romantik terbaru “Graduation” bersama Wi Ha-joon!
Plot utamanya memaparkan kisah seorang pengajar yang dengan tekun membantu seorang pelajar bernama Lee Jun-ho (Wi Ha-joon) untuk mendapat kemasukan ke universiti berprestij. Seperti ditakdirkan, Lee Jun-ho kemudian kembali ke akademi sebagai pengajar baru setelah meletakkan jawatan dari sebuah syarikat besar kerana dia masih teringatkan cinta pertama, guru akademinya Seo Hye-jin (Jung Ryeo-won) meskipun sudah menginjak dewasa.
Jung Ryeo-won membawa watak Seo Hye-jin, seorang pengajar bahasa Korea veteran selama 14 tahun yang menjadi seorang bintang selepas kejadian ‘lejen’ yang dikenali sebagai ‘Keajaiban Daechi’. Pada ketika dia sedang berfikir untuk bersara, bekas muridnya Lee Jun-ho muncul kembali dan menyebabkan kehidupannya menjadi huru-hara.
Wi Ha-joon memainkan watak Lee Jun-ho, seorang pengajar baru yang mengganggu kehidupan harian Seo Hye-jin apabila muncul semula 10 tahun kemudian. Dia adalah protagonis disebalik kejadian “Keajaiban Daechi” yang menjadikan Seo Hye Jin sebagai pengajar terkenal 10 tahun yang lalu.
Khabarnya, “Graduation” bakal bersiaran pada 2024 nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.