Utama Drama Korea Cinta Bersatu, ‘Our Blooming Youth’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

Cinta Bersatu, ‘Our Blooming Youth’ Tamat Dengan Rating Tertinggi

tvn our blooming youth

Selepas 20 episod bersiaran, akhirnya “Our Blooming Youth” telah pun melabuhkan tirainya semalam.

Drama ini mengisahkan tentang seorang putera raja, Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung-sik), yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius Min Jae-yi (Jeon So-nee), yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya, dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

[Amaran SPOILER]

Walaupun sudah menjadi Raja namun sepertinya masih ada yang membelenggu hati Lee Hwan. Selepas menerima nasihat, lelaki itu disahkan menghidapi ‘penyakit cinta’ dan diminta supaya bertemu semula Min Jae-yi.

tvn our blooming youth

Tak lama kemudian, lelaki itu mengakui perasaan cintanya apabila bertemu mata bersama Jae-yi. Mereka kemudiannya berpelukan dan bercium, sekaligus membuktikan perasaan yang sama antara keduanya.

Dalam episod akhir ini, “Our Blooming Youth” mencatatkan rating sebanyak 4.9% iaitu rekod terbaik sepanjang tayangan.

Korang dah habis tengok ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERThe Fact
Loading...