Ikuti Kami:

Kisah Putera Raja Tersakiti, Episod Awal ‘Our Blooming Youth’ Raih Rating Baik

Kisah Putera Raja Tersakiti, Episod Awal ‘Our Blooming Youth’ Raih Rating Baik

Akhirnya “Our Blooming Youth” telah pun menemui penonton baru-baru ini!

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang seorang putera raja, Putera Mahkota Lee Hwan (Park Hyung-sik), yang menderita akibat sumpahan misteri dan seorang wanita genius Min Jae-yi (Jeon So-nee), yang dituduh membunuh ahli keluarganya. Percintaan mereka berkembang melalui proses lelaki menyelamatkan wanita daripada tuduhan palsunya, dan wanita menyelamatkan lelaki itu daripada sumpahan.

Dua individu berbeza nasib

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, Putera Raja Lee Hwan dipaparkan sebagai seorang yang dianggap terkena sumpahan memandangkan sebelah tangannya tidak berfungsi. Malah ada yang menuduh dia merupakan penyebab kematian abangnya.

park hyungsik our blooming youth

Selain itu, penonton turut dibawa menelusuri kehidupan Min Jae-yi iaitu seorang wanita yang dituduh membunuh kedua ibu bapanya atas alasan dia tidak mahu dikahwinkan dengan Han Sung-on. Disebabkan menjadi suspek utama, dia cuba melarikan diri dari ditangkap namun tak sengaja terjatuh ke bawah gaung.

Rating baik

Untuk episod awal ini, “Our Blooming Youth” berjaya meraih rating memuaskan iaitu 4.2% namun sedikit menurun ke 3.6% dalam episod seterusnya.

Pun begitu, rata-rata penonton memberikan respon baik selepas melihat tayangan awal drama bersejarah ini. Malah kesemuanya tak sabar nak menantikan bagaimana kedua mereka bakal bersatu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...