Ikuti Kami:

“Cinta Atau Benci..” – Lee Sungkyung & Kim Youngkwang Kongsi Pelbagai Cerita Tentang ‘Call It Love’

“Cinta Atau Benci..” – Lee Sungkyung & Kim Youngkwang Kongsi Pelbagai Cerita Tentang ‘Call It Love’

Sedar tak sedar, kita dah sampai pun ke penghujung siri “Call It Love”.

Bagi meningkatkan jangkaan ramai mengenai episod akhir yang bakal ditayangkan di Disney+ Hotstar hari ini, KimchiDaily sempat duduk bersembang bersama pelakon utamanya iaitu Lee Sung-kyung dan Kim Young-kwang bagi berbincang lebih mengenai drama berkenaan.

Terkejut lihat respon hangat penonton

Lee Sung-kyung menjawab dengan jujur apabila mengatakan bahawa dia tidak menjangkakan penerimaan penonton yang buat siri ini,

Sebenarnya saya berharap untuk menerima respon seperti itu dan saya gembira kerana penonton memahami perkembangan semua watak di dalamnya.

lee sungkyung

Bahkan, wanita tinggi lampai itu teruja apabila melihat orang ramai tak sabar menantikan tayangan episod akan datang pada setiap minggu. Malah Kim Young-kwang turut bersetuju dan mengakui bahawa dia tidak menjangkakan langsung respon sebegini dan meluahkan rasa syukur yang tak terhingga.

Babak paling diingati

Menurut Lee Sung-kyung, dia paling mengingati watak di kedai serbaneka apabial dia meminta Han Dong-jin supaya tidak menyukainya. Walaupun berselindung kononnya dia sedang mabuk, tetapi ini merupakan pengakuan cinta secara tidak langsung wanita itu buat lelaki berkenaan.

Bagi Kim Young-kwang pula, dia menyukai babak di mana Han Dong-jin berkongsi mengenai masalahnya kepada Woo-joo semasa mereka berkongsi mi bersama,

Saya terasa seperti ayat Woo-joo benar-benar memujuk saya.

disney+ call it love

Apa itu cinta?

Kim Young-kwang berfikir sejenak sebelum menjawab bahawa dia sendiri tak terfikir apa yang dipelajarinya mengenai ‘cinta’ apabila membintangi “Call It Love”. Katanya, agak sukar untuk tetapkan satu maksud sahaja buat perasaan itu,

Cinta boleh dijelaskan dalam pelbagai perkara tapi kadang kala, payah untuk menjelaskannya.

Balas Lee Sung-kyung,

Watak kami bermula dengan kusam sahaja, namun dengan satu warna, kehidupan setiap daripada mereka mula berwarna. Seperti cinta Woo-joo buat keluarganya, ‘cinta’ ialah sesuatu yang membuatkan semua hidup.

disney+ call it love

Cinta atau dendam

Diminta untuk memilih antara ‘balas dendam’ ataupun ‘jatuh cinta, jawab Kim Young-kwang,

Balas dendam lebih sukar kerana jatuh cinta adalah sesuatu yang mudah berlaku dan lebih menyeronokkan.

Jawab Lee Sung-kyung berbeda,

Jatuh cinta lebih sukar kerana saya bukan jatuh cinta kerana mahukanna dan walaupun seronok bercinta tetapi agak mencabar kerana tak ssemua yang saya harapkan akan berlaku.

Ucapan buat penonton

Di akhir kata, Kim Young-kwang mengucapkan terima kasih kerana menonton dan memahami kehidupan setiap watak. Sempat berseloroh, lelaki itu meminta semua menonton episod akhir dan meminta penonton supaya orang yang lain yang belum menonton supaya melayan siri ini.

disney+ call it love

Tutup Lee Sung-kyung,

Terima kasih bersama kami, harap anda melindungi Han Dong-jin serta Woo-joo dan ingati perasaan itu buat selamanya.

Saksikan episod akhir “Call It Love” pada malam ini (12 April) di Disney+ Hotstar.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...