Ikuti Kami:

Cina Bakal Mengetatkan Pengharaman Kandungan Dari Korea, Tapi Kenapa?

Cina Bakal Mengetatkan Pengharaman Kandungan Dari Korea, Tapi Kenapa?

Cina nak mengetatkan lagi pengharaman kandungan dari Korea?

Pada awal tahun ini, Cina dilaporkan telah memperketatkan lagi larangan terhadap penstriman sebarang kandungan dari Korea.

Menurut media, langkah ini diambil untuk menghalang kemasukan drama serta permainan korea masing-masing pada Mac dan April tahun ini. Maklumat itu telah didedahkan oleh Chosun Ilbo yang memetik laporan daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Penyatuan Korea Selatan.

Sebelum ini, Cina telah memberikan permit membenarkan penstriman drama Korea dalam tempoh dua bulan pertama pada tahun 2022. Ianya telah membuat platform OTT Cina mengeluarkan karya seperti “What’s Wrong with Secretary Kim”, “Hospital Playlist”, dan “Hometown Cha-Cha-Cha” di platform mereka.

Namun begitu menjelang Jun 2023, hasil daripada rundingan pihak saluran penyiaran utama Korea Selatan yang cuba mendapatkan kontrak telah menunjukkan betapa sukarnya perkara itu untuk diluluskan.

oh my gran

Tambahan pula, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan di Korea Selatan telah menekankan bahawa sejak pengeluaran “Oh! My Gran” pada tahun 2021, filem Korea baharu tidak mempunyai wakil di pawagam Cina.

Selain itu, Ahn Cheol-soo yang merupakan salah seorang ahli dewan negara Korea mengakui bahawa larangan Cina ke atas kandungan dari Korea itu tidak bertambah baik malah, tindakan ‘anti-hallyu’ yang bermula pada 2016 telah diteruskan pada 2017 sebagai sebahagian daripada tindakan ‘anti-THAAD’ dan nampaknya diteruskan sehingga kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 인사이트 (@insight.co.kr)

Rata-rata penduduk Korea meluahkan reaksi mereka dan menyatakan bahawa penstriman haram kandungan dari Korea masih meningkat tanpa mengira halangan.

Cakap pasal drama kan, apa K-Drama kegemaran korang sekarang ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...