Ikuti Kami:

Chun Woohee Ganti, IU Undur Diri Dari ‘Money Game’ Dek Masalah Jadual

Chun Woohee Ganti, IU Undur Diri Dari ‘Money Game’ Dek Masalah Jadual

Nampaknya, 2022 merupakan tahun yang sibuk buat IU.

Bagi yang belum tahu, penyanyi dan pelakon IU sebelum ini telah disahkan untuk menyertai Ryu Jun-yeol, Park Jung-min, Park Hae-joon, Bae Sung-woo, Lee Joo-young, Lee Yul-eum dan Moon Jung-hee dalam siri “Money Game”.

Namun pada 27 Mei, Studio N secara rasmi mengumumkan bahawa IU telah mengundurkan diri dari membintangi “Money Game” kerana konflik penjadualannya. Oleh itu, pelakon Chun Woo-hee akan menggantikan watak IU dalam siri tersebut.

Untuk pengetahuan, “Money Game” ialah siri 8-episod yang berdasarkan dua webtoon iaitu “Money Game” dan “Pygame”. Ia ialah drama dengan latar belakang di mana infrastruktur sosial ditarik dan permainan akan terhenti sekiranya ada kematian. Ini ialah kisah 8 peserta yang perlu bekerjasama meskipun tidak sukakan satu sama lain. Ia merupakan permainan di mana semakin lama masa berlalu, semakin banyak wang yang diperolehi.

money game

Dalam pada itu, penggambaran untuk “Money Game” telah dijadualkan bermula pada pertengahan Jun ini.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...