8 Peserta Rebut Wang, Ryu Junyeol, IU & Park Jungmin Sah Terajui ‘Money Game’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Bermula sahaja berita mengenai “Money Game”, ramai yang dapat mengagak bahawa line-up drama itu pastinya hebat-hebat belaka.
Terbaru, Naver Webtoon telah mendedahkan bahawa Ryu Jun-yeol, IU, Park Jung-min, Park Hae-joon dan Bae Sung-woo sebagai pelakon utama siri itu.
“Money Game” ialah siri 8-episod yang berdasarkan dua webtoon iaitu “Money Game” dan “Pygame”. Dalam latar belakang di mana infrastruktur sosial ditarik dan permainan akan terhenti sekiranya ada kematia, ini ialah kisah 8 peserta yang perlu bekerjasama meskipun tidak sukakan satu sama lain. Ia merupakan permainan di mana semakin lama masa berlalu, semakin banyak wang yang diperolehi.

Drama ini akan memaparkan pertempuran kebijaksanaan dan konfrontasi emosi antara peserta bagi mendapatkan hadiah wang. Pastinya ia akan menjadi sebuah naskhah yang dihasilkan dengan sempurna dek tekanan yang dibina selain realistik.
Khabarnya, “Money Game” akan memulakan produksi pada separuh pertama 2022.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




