Choi Ye-na bakal buat comeback setelah 7 bulan! Wah, akhirnya!
Perkara itu disahkan sendiri oleh agensinya, Yuehua Entertainment, bahawa dia bakal melancarkan album mini keduanya “SMARTPHONE” pada tanggal 3 Ogos akan datang.
Sejurus dengan berita itu, peminat sudah mula berteka-teki mengenai konsep dan tema lagu yang akan dilancarkan. Tambahan pula, poster dan video teaser logo album tersebut telah dimuat naik melalui akaun Twitter agensi Yuehua Entertainment.
https://twitter.com/YENA_OFFICIAL/status/1548321561748185091
Jika dilihat kembali dengan album debutnya “SmiLEY” pada Januari lalu, dia dilihat telah mempamerkan kejayaan memberangsangkan sebagai penyanyi solo. Justeru itu, untuk comeback kali ini, para peminat sangat menantikan persembahan berkualiti daripada Choi Ye-na. “SMARTPHONE” bakal dilancarkan pada 3 Ogos akan datang. Jangan terlepas okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.