Ikuti Kami:

Choi Minho Cabar Diri Berlakon Filem Seram ‘New Normal’

Choi Minho Cabar Diri Berlakon Filem Seram ‘New Normal’

Filem baru Choi Min-ho!

Pelakon serta ahli kumpulan K-Pop SHINee iaitu Choi Min-ho telah mencabar diri untuk berlakon di dalam filem genre seram ngeri buat kali pertama selepas penampilan sulung lakonannya. Di mana, pelakon itu akan membawa watak sebagai seorang pelajar kolej yang bernama Hoon di dalam filem “New Normal”.

Di dalam filem ini, Hoon telah menghadapi situasi yang tidak dijangka semasa mencari kekasihnya. Disebabkan filem ini terkandung sedikit sisi romantik, ianya telah menimbulkan perasaan ingin tahu tentang transformasi yang bakal dilakukan oleh Choi Min-ho, yang perlu berulang alik di antara keseronokan dan ketegangan.

minho

Dalam masa yang sama, filem seram ngeri yang diarahkan oleh pengarah Jeong Beom-sik ini telah berjaya mendapatkan perhatian ramai sebelum keluarannya. Malah, filem ini juga telah dijemput untuk menyertai pelbagai festival filem luar negara yang terkenal.

Choi Min-ho yang kembali di dunia filem buat kali pertama selepas empat tahun telah berkata,

Saya rasa gembira lepas dapat skrip ‘New Normal’. Ianya sebab apa yang berlaku dalam filem ini boleh berlaku dekat kehidupan sebenar. Filem ini membawa maksud bahawa ‘situasi ini dah jadi normal’. Saya rasa anda dapat faham maksud tajuk tersebut lepas anda tonton filem ini.

Nak kena tonton ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...