Nampaknya, ada beberapa peminat yang kurang ‘senang’ dengan konsep kemunculan semula Tae-min untuk album barunya.
Pada 30 Oktober lalu, Tae-min SHINee telah membuat comeback solo dengan album mini terbaru “Guilty”. Bagaimanapun, netizen Korea telah membincangkan tentang tahap seksualisasi untuk konsep album tersebut, yang didakwa telah melampaui batas.
Di laman Twitter (X), seorang peminat yang telah membeli album itu meluahkan rasa kecewanya dengan menulis,
Apabila awak membuka kotak, awak akan bertentang mata dengan seorang budak lelaki melalui lubang intip. Bila buka, budak itu sedang berbaring di atas katil motel. Adakah mereka gila?
Sambung peminat itu lagi dengan turut berkongsi beberapa gambar,
Dalam beg berzip, ada gambar suspek. Jika keluarkan, ia adalah kepingan anggota budak itu. Selepas melihatnya, saya tertanya-tanya..betul ke saya membeli barang yang tidak terlarang?
Kemudian dalam hantaran lain oleh individu berbeza, terdapat imej provokatif iaitu sepasang seluar dan seluar dalam yang dibuang di atas lantai serta gambar yang menunjukkan Tae-min secara seksual sedang makan ais sambil sengaja memasukkan jari tengahnya ke dalam mulut.
Meskipun ada yang percaya bahawa ini adalah konsep estetik yang ingin dicuba penyanyi lelaki itu namun, ada yang juga mendakwa bahawa ia telah melampaui batas tambahan pula, peminatnya adalah dari kalangan pelbagai usia.
Komen netizen menerusi laman komuniti dalam talian,
Mereka dah berlebihan..
Apa yang dimaksudkan dengan kreatif bila mereka masukkan gambar seluar dalam?
Konsep apa ni?
Saya tak rasa ini seksi pun.
Apa pendapat korang?