‘Chemistry’ Bersama Jung Somin Dalam ‘Alchemy Of Souls’ Dipuji, Lee Jaewook Luah Perasaan
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Selepas 20 episod, drama Lee Jae-wook “Alchemy of Souls” telah pun tamat.
Bagi yang belum tahu, “Alchemy of Souls” ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.
Ketika temu bual yang dilakukan selepas tamatnya musim pertama drama itu, Lee Jae-wook berkongsi perasaannya,
Kami telah menjalani penggambaran bahagian 1 selama kira-kira setahun sejak tahun lepas. Memberi tumpuan semata-mata pada penggambaran untuk sekian lama, saya tidak dapat menunjukkan diri saya di hadapan orang ramai, jadi saya mempunyai banyak kebimbangan. Tetapi selepas ‘Alchemy of Souls’ disiarkan, penonton menunjukkan kasih sayang, dan saya hanya bersyukur. Terasa seperti saya diberi ganjaran atas kerja keras saya.

Selain itu, keserasian Lee Jae-wook dan Jung So-min dalam drama tersebut amat dipuji oleh penonton. Mengenai ini, Lee Jae-wook berkata,
Dari percintaan kepada bromance, saya sangat bersyukur kerana penonton menunjukkan kasih sayang yang hebat. Saya lebih bersyukur kerana mereka menikmati aliran emosi Jang Uk terhadap Mu Deok.
Untuk pengetahuan, musim kedua “Alchemy of Souls” telah disahkan bakal menemui penonton pada bulan Disember nanti. Lee Jae-wook memberi sedikit ‘spoiler’,
Saya berkata dengan yakin bahawa anda akan dapat melihat sisi baharu semua orang dalam bahagian 2. Sila nantikan untuk melihat Jang Uk yang akan kembali tidak lama lagi.

Cepatla bulan Disember!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




