Ikuti Kami:

Charlie Puth Kongsi Bagaimana Kolaborasi Bersama Jungkook BTS Jadi Kenyataan

Charlie Puth Kongsi Bagaimana Kolaborasi Bersama Jungkook BTS Jadi Kenyataan

Korang dah dengar belum lagu kolaborasi Jung-kook BTS bersama dengan Charlie Puth?

Bagi yang belum tahu, beberapa hari lepas, Charlie Puth telah melancarkan lagu “Left And Right”, bergandingan dengan Jung-kook BTS.

Dalam temu bual dengan Z100 New York baru-baru ini, Charlie Puth telah berkongsi tentang bagaimana Jung-kook boleh terlibat dalam lagu “Left And Right” dan sebab dia memilih idola popular itu untuk berkolaborasi bersamanya. Kongsi Charlie Puth,

Dia serta-merta terlintas di fikiran. Saya tidak tahu mereka sedang ‘hiatus’ apabila saya menghubunginya tapi saya bertanya sama ada Jung-kook mahu menjadi sebahagian daripadanya.

jungkook charlie puth

Seperti yang diketahui oleh ramai ARMY, Charlie Puth dan BTS pernah bekerjasama pada masa lalu dan terdapat banyak interaksi antara kedua selebriti itu. Mengenai ini, Charlie Puth berkata,

Kami mempunyai sejarah muzik bersama. Kami telah membuat persembahan pada pertunjukan anugerah empat tahun sebelumnya. Kami sentiasa menghantar satu sama lain muzik yang kami suka, dia akan sentiasa bercakap tentang saya dalam temu bual, dan saya akan sentiasa bercakap tentang dia dalam temu bual.

Best kan korang lagu ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...