Rasa lama betul Chanyeol EXO menjalani latihan ketenteraannya kan?
Berita baik untuk peminat EXO, lelaki itu sudah pun menamatkan perkhidmatan ketenteraan secara rasminya pada hari ini.
Menerusi laman rasmi EXO, ungkapnya buat peminat,
Terima kasih kerana menunggu lama. Sebab EXO-L, saya mampu menamatkan latihan ini dengan selamat. Jom jumpa cepat! Saya sayang awak!
Semasa perkahidmatannya, Chanyeol aktif menyertai muzikal ketenteraan “A Song Of Meissa” bersama rakan selebriti lain seperti Jang Ki-yong dan L INFINITE (Kim Myung-soo).
Kami nak album baru!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.