Ikuti Kami:

Chanyeol EXO & Punch ‘Stay With Me’ Jadi MV OST K-Drama Pertama Raih 400 Juta Tontonan

Chanyeol EXO & Punch ‘Stay With Me’ Jadi MV OST K-Drama Pertama Raih 400 Juta Tontonan

Memang tidak dinafikan bahawa “Stay With Me” adalah salah satu runut bunyi K-Drama yang paling popular, kan?

BACA: Beri Sokongan Buat D.O., Suho EXO Kongsi OST Untuk ‘Bad Prosecutor’

Bagi yang belum tahu, “Stay With Me” nyanyian Punch dan Chan-yeol EXO adalah runut bunyi untuk drama popular “Goblin”, yang ditayangkan pada tahun 2016 yang lalu.

Terbaru pada 12 Oktober, muzik video untuk lagu tersebut telah berjaya melepasi 400 juta tontonan di YouTube, menjadikannya MV runut bunyi K-Drama pertama dalam sejarah yang mempunyai kejayaan sedemikian.

Untuk pengetahuan, muzik video “Stay With Me” mula dikeluarkan pada 3 Disember 2016 bermakna, ia mengambil kira-kira 5 tahun, 10 bulan dan 9 hari untuk meraih 400 juta tontonan.

Tahniah Punch dan Chan-yeol!

Jom dengarkan lagu ini sekali lagi di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...