Nampaknya para EXO-L makin seronok apabila mendapat tahu bahawa ahli EXO sentiasa menyokong satu sama lain.
Terbaru, ketika di ‘FESTIVAL SOMEDAY PLEROMA 2022’, Suho telah berkongsi sedikit previu lagu runut bunyi yang bakal dimainkan buat drama lakonan ahli EXO, D.O.
Sudah pernah memberikan klu sebelum ini, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja memandangkan perkhabaran itu benar-benar akan terjadi nanti.
#SUHO ‘Bad Prosecutor’ OST ‘Call Me A Freak’ pre-release special performance at 2022 Someday Pleroma!
Get ready for double OSTs!
‘Bite’ by Kyungsoo set to release on the 19th.#EXO @weareoneEXOpic.twitter.com/nHn7fGHxCu— EXO GROWL NATION (@EXO_BBW1485) October 11, 2022
Menerusi sedutan pendek oleh lelaki itu, judul lagu berkenaan ialah “Call Me A Freak” dan ianya berentak ‘catchy’ dan pantas.
Dalam pada itu, D.O. atau Do Kyung-soo sendiri mengesahkan bahawa dia akan menyanyikan runut bunyi bertajuk “Bite” untuk “Bad Prosecutor” di mana ia akan diriliskan pada 19 Oktober nanti.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.