Ikuti Kami:

Kisah Pendakwa Raya ‘Keras Kepala’ & ‘Lurus’, Episod Awal ‘Bad Prosecutor’ Raih Rating Tinggi

Kisah Pendakwa Raya ‘Keras Kepala’ & ‘Lurus’, Episod Awal ‘Bad Prosecutor’ Raih Rating Tinggi

Antara drama yang dinantikan ramai iaitu “Bad Prosecutor” telah pun menyapa penonton baru-baru ini.

Sinopsis

Ia mengisahkan seorang pendakwa raya yang kurang sopan namun sangat cenderung untuk menegakkan keadilan dengan apa jua cara.

Pendakwa raya gila & waras

[Amaran SPOILER]

Dalam episod awal ini, penonton dibawa melihat jelajah Jin Jung (Do Kyung-soo) menangkap penjenayah mengikut caranya tersendiri. Walaupun ditendang dari satu kes pembunuhan misteri kerana cuba mengikut caranya, namun segala usahanya ke laut apabila Oh Do-hwan (Ha Joon) iaitu pendakwa raya baru yang mengambil alih kes tersebut terus suspek tanpa mengambil kira bukti di mana memungkinkan ada cerita lain di sebalik insiden tersebut.

kbs bad prosecutor

Kemudian, Jin Jung dan Shin A-ra (Lee Se-hee) yang asalnya tidak sebulu akhirnya bekerjasama untuk membongkar kisah sebenar di sebalik kes ini.

Rating tinggi

Untuk episod awal ini, “Bad Prosecutor” berjaya mendapat pujian ramai dek plot padat dengan kualiti lakonan hebat oleh teraju utamanya. Malah episod pertamanya berjaya meraih rating sebanyak 4.3% sebelum menaik ke 5% iaitu antara catatan tertinggi untuk slot tayangan itu.

kbs bad prosecutor

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...