Ikuti Kami:

“Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya” – Minho SHINee

“Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya” – Minho SHINee

Pasti ramai yang menantikan gandingan Chae Soo-bin dan Min-ho SHINee dalam siri Netflix “The Fabulous”, kan?

Bagi yang belum tahu, “The Fabulous” mengisahkan mengenai impian, cinta dan persahabatan dalam kalangan anak muda yang mendedikasikan hidup mereka dalam dunia fesyen.

Terbaru, kedua pelakon utama drama tersebut iaitu Chae Soo-bin dan Min-ho, telah tampil dalam program “Knowing Bros” sebagai tetamu. Dalam siaran itu, mereka berkongsi tanggapan anatara satu sama lain.

Pada awalnya, Min-ho berkata,

Ini mungkin kedengaran seperti saya agak berhati-hati tetapi saya fikir Chae Soo-bin adalah selebriti paling baik pernah bekerja dengan saya.

choi minho chae soobin

Sambungnya lagi sambil berkongsi situasi di mana Chae Soo-bin mempunyai peribadi seperti seorang malaikat,

Cuaca sangat sejuk ketika kami menjalani penggambaran drama. Walaupun dia terpaksa memakai pakaian nipis kerana ia adalah drama fesyen dan merakam adegan dalam hujan serta di tempat berangin, dia tidak pernah menunjukkan sebarang tanda keletihan.

Mendengar pujian itu, Lee Jin-ho mengusik Min-ho dengan berkata,

Itu namanya profesionalisme di tempat kerja, bukan imej malaikat.

netflix the fabulous

Dalam pada itu, “The Fabulous” masih belum mengumumkan tarikh tayangan perdana baharu untuk siri berkenaan.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...