Ikuti Kami:

Chae Jonghyeop Dilamar Sertai Park Eunbin Dalam Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Chae Jonghyeop Dilamar Sertai Park Eunbin Dalam Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Nampaknya, penonton berkemungkinan akan dapat lihat gandingan Park Eun-bin bersama Chae Jong-hyeop dalam sebuah drama!

Terbaru, Chae Jong-hyeop dilapor akan sertai Park Eun-bin sebagai teraju utama, dalam drama “Desert Island Diva”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

Chae Jong-hyeop sedang meneliti tawaran untuk memegang watak utama lelaki dalam drama ‘Desert Island Diva’.

Sebelum ini, Park Eun-bin juga ditawar untuk memainkan watak utama dalam drama yang sama, dan sedang dalam perbincangan kini.

Untuk pengetahuan, “Desert Island Diva” adalah drama bergenre komedi romantik, yang mengikuti kisah seorang wanita yang diselamatkan di sebuah pulau terbiar selepas hilang 15 tahun lalu.

chae jonghyeop

Jika dia menerima tawaran ini, Chae Jong-hyeop akan membawa watak utama lelaki Bo-gyeol, yang mempunyai hubungan mendalam dengan watak Park Eun-bin, Mok-ha.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...