Ikuti Kami:

Kisah Wanita Terbiar Di Pulau, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Kisah Wanita Terbiar Di Pulau, Park Eunbin Dilamar Terajui Drama Rom-Kom ‘Desert Island Diva’

Selepas “Extraordinary Attorney Woo”, pasti ramai yang menantikan drama Park Eun-bin yang seterusnya.

Terbaru, Park Eun-bin dilapor akan memegang watak utama dalam drama baru arahan Oh Choong-hwan dan skrip oleh Park Hye-ryeon berjudul “Desert Island Diva”. Tidak lama kemudian, agensi pelakon itu memberi respon,

‘Desert Island Diva’ adalah salah satu kerja yang sedang disemak kini.

Untuk pengetahuan, “Desert Island Diva” adalah drama bergenre komedi romantik, yang mengikuti kisah seorang wanita yang diselamatkan di sebuah pulau terbiar selepas hilang 15 tahun lalu.

park eunbin

Jika dia menerima tawaran ini, Park Eun-bin akan membawa watak Mok-ha, seorang gadis yang sentiasa bermimpi untuk menjadi penyanyi. Semasa sekolah menengah, Mok-ha hilang dan berakhir di sebuah pulau terpencil, di mana dia berjaya bertahan sendirian selama 15 tahun di situ.

Dalam pada itu, “Desert Island Diva” akan diarahkan oleh pengarah Oh Choong-hwan dan penulis skrip Park Hye-ryeon, yang turut menghasilkan drama “Start Up” dan “Big Mouth”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...