Adakah Cha Joo-young bakal membawa watak utama pertamanya tak lama nanti?
Menurut wakil Ghost Studio iaitu agensinya,
Cha Joo-young ada menerima tawaran untuk menerajui ‘Wongyeong’ dan sedang berbincang dengan positif.
“Wongyeong” ialah satu drama bersejarah mengenai Raja Taejong dan Permaisuri Wongyeong di mana mereka mula berkuasa selepas mengasaskan sebuah dinasti baru.
Cha Joo-young dilamar untuk membawa watak Permaisuri Wongyeong di mana dia akan digambarkan sebagai seorang yang mahukan kuasa. Dia akhirnya akan menjadi permaisuri namun turut berbalah bersama Raja Taejong.
Drama ini bakal ditayangkan di tvN dan pemilihan pelakon masih lagi sedang berjalan. Khabarnya, siri ini akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉