Ikuti Kami:

Cha Eunwoo Dilapor Sedang Teliti Tawaran Berlakon Di Hollywood

Cha Eunwoo Dilapor Sedang Teliti Tawaran Berlakon Di Hollywood

Cha Eun-woo kini melonjak ke industri antarabangsa! Wah, lain macam ni!

Kecoh dalam industri perfileman Korea baru-baru ini apabila Cha Eun-woo kini sedang meneliti tawaran “K-Pop: Lost In America” bersama beberapa artis Hollywood hebat. Cha Eun-woo dikhabarkan bakal membuat persiapan penggambaran selepas selesai menguruskan jadual untuk separuh tahun kedua.

“K-Pop: Lost In America” merupakan kisah mengenai kumpulan lelaki K-Pop yang membuat debut di luar negara iaitu New York dan secara tidak sengaja pergi ke Texas malah ingin pulang ke New York semula tanpa mempunyai kemudahan telefon bimbit, wang dan masa. cha eunwoo“K-Pop: Lost in America” diterbitkan di bawah pengarahan bersama oleh Naib Pengerusi Kumpulan CJ, Lee Mi-kyung dan penerbit Hollywood, Linda Obst. Mereka berdua pernah menghasilkan filem hebat seperti “Interstellar”, “Sleepless In Seattle” dan “Contact”.

Dalam pada itu, Cha Eun-woo turut dikhabarkan bakal bergandingan di samping bintang Hollywood terkenal, Rebel Wilson dan Charles Melton. “K-Pop: Lost In America” dikatakan bakal memulakan penggambaran pada musim luruh akan datang.

Diharapkan Cha Eun-woo betul-betul sertai la kan penggambaran kali ini.. Best apa berlakon sampai level Hollywood!

Sama-sama kita tunggu okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...