Ikuti Kami:

Cha Eunwoo Jadi Pengacara Istimewa Dalam Program MBC ‘Show! Music Core’

Cha Eunwoo Jadi Pengacara Istimewa Dalam Program MBC ‘Show! Music Core’

Satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak MBC bagi rancangan siaran MBC, “Show! Music Core” melalui laman web rasminya bahawa Cha Eun-woo bakal kembali menjadi pengacara!

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Cha Eun-woo telah menunjukkan kemajuan yang stabil pada musim lalu sebagai pengacara khas. Cha Eun-woo bekerjasama dengan pengacara sedia ada iaitu Kim Min-ju dan Reno Stray Kids. Jung-woo NCT dijangka tidak akan dapat hadir kerana jadual persembahannya di luar negara.

Cha Eun-woo akan bersama kami sebagai pengacara istimewa.

cha eunwoo

Dalam pada itu, artis-artis seperti Hyo-yeon, ASTRO, AB6IX, dan Oneus akan membuat kemunculan semula pada 21 Mei ini. Kembalinya Cha Eun-woo nanti sebagai pengacara, seroang lagi penyanyi, Ye-rin, bekas ahli kumpulan GFriend, akan membuat debut solonya.

Kumpulan pujaan ramai, TNX, yang ditubuhkan oleh PSY, juga akan menghiasi pentas untuk debut mereka. Barisan penuh artis yang akan membuat persembahan nanti ialah Hyo-yeon, Ye-rin, Astro, AB6IX, Oneus, TNX, Jeong Se-woon, Verivery, Classi, DKB, Elast, Cypher, T1419, Ichilyn, dan juga Busters.

Nantikan kemunculan Cha Eun-woo tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...