Utama Drama Korea Cha Eunwoo Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘A Good Day To Be...

Cha Eunwoo Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘A Good Day To Be A Dog’

cha eunwoo

Fuh! Nampaknya, makin banyak tawaran lakonan buat Cha Eun-woo.

Pada 16 Ogos, Cha Eun-woo telah dilaporkan akan membintangi drama baharu berjudul “A Good Day To Be A Dog”. Berikutan itu, agensinya memberi respon,

‘A Good Day To Be A Dog’ adalah salah satu karya yang sedang disemak dan belum ada keputusan lagi.

Untuk pengetahuan, “A Good Day To Be A Dog” adalah drama percintaan antara seorang wanita yang ingin memecahkan sumpahan yang mengubahnya menjadi anjing pada setiap subuh dan seorang lelaki yang takut dengan anjing. Jika Cha Eun-woo menerima tawaran ini, dia akan membawa watak sebagai Jin Seo-won, seorang yang takut anjing kerana kejadian masa lalu yang dia sendiri tidak ingat.

cha eunwoo

Dalam pada itu, Cha Eun-woo juga telah dilamar untuk membintangi siri  “Irresistible Love” dan sedang mempertimbangkannya kini.

Jadi rebutan tau Cha Eun-woo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...