Khabarnya Cha Eun-woo dah pilih untuk berlakon dalam drama baru selepas “True Beauty” tamat baru-baru ini.
Menurut sumber, ahli kumpulan ASTRO itu akan membintangi drama “Island” di OCN. Pun begitu, agensinya mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa lelaki tersebut masih lagi sedang meneliti tawaran tersebut.
Untuk pengetahuan anda, “Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama. Ia membawa kisah seorang lelaki, Pan yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah dan seorang wanita, Won Mi-ho yang tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi, Chan-hyuk penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap meskipun nampak cantik di luar, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.
Jikalau menerima tawaran tersebut, Cha Eun-woo akan membawa watak Kang Chan-hyuk yang juga dikenali sebagai John. Dia merupakan seorang paderi penghalau roh yang membesar di US dan terpaksa menonton K-Drama supaya tidak lupa dengan bahasa ibundanya. Meskipun nampak ceria sentiasa, dia menyimpan sebuah kisah lampau yang hitam.
Selepas OCN mengesahkan bahawa Seo Ye-ji dan Kim Nam-gil bakal membawa watak Won Mi-ho dan Pan, ramai yang menantikan siapa yang akan melengkapi barisan pelakon utamanya memandangkan Im Si-wan turut menerima tawaran sebelum ini.
Bakal memulakan penggambaran pada musim bunga nanti, “Island” dijadualkan akan ditayangkan pada separuh kedua 2021.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.