Ikuti Kami:

OCN Kongsi Seo Yeji & Kim Namgil Sah Bintangi Drama Fantasi Pengusiran Roh ‘Island’

OCN Kongsi Seo Yeji & Kim Namgil Sah Bintangi Drama Fantasi Pengusiran Roh ‘Island’

Meskipun hanya khabar angin sahaja sebelum ini, namun nampaknya drama OCN “Island” sudah pun mengesahkan barisan teraju utamanya. Korang mesti syok punya kalay tahu siapa gerangan mereka!

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh yang diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama. Ia membawa kisah seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah dan seorang wanita yang tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Di pulau tersebut yang sebenarnya diselubungi oleh kejahatan yang gelap meskipun nampak cantik di luar, ketiga-tiga watak ini yang berlainan akan bergabung tenaga untuk melindungi satu sama lain.

ocn island

Sudah pun disahkan menerusi klip pendek yang dimuat naik oleh OCN, Kim Nam-gil akan membawa watak pemburu raksasa seksi iaitu Van yang tidak mempunyai kebolehan untuk hidup dalam dunia realiti. Lelaki ini hanya memburu, menyembelih, membunuh raksasa. Meskipun sering terlibat dengan pembunuhan yang kejam, dia tidak mempunyai sebarang perasaan di dalam hatinya. Manakala Seo Ye-ji ditawarkan watak Won Mi-ho iaitu waris keluarga kaya yang menjadi sasaran raksasa tersebut.

Apa macam, mesti korang dah teruja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...