Ikuti Kami:

Cerita Perjuangan Idola, Ini Antara 6 Dokumentari Kumpulan K-Pop Boleh Ditonton

Cerita Perjuangan Idola, Ini Antara 6 Dokumentari Kumpulan K-Pop Boleh Ditonton

Bukan sahaja banyak tayangan K-Drama dan K-Filem, malah ada juga dokumentari yang menceritakan tentang naik turun kumpulan K-Pop.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 dokumentari tentang kumpulan K-Pop yang boleh ditonton.

Burn The Stage 

“BTS: Burn the Stage” ialah sebuah dokumentari K-Pop berdurasi selama 85 minit yang menampilkan persembahan langsung daripada kumpulan BTS. Selain itu, ada pelbagai sorotan persembahan anugerah, adegan ketika di luar pentas dan temu bual eksklusif dengan kesemua tujuh ahli BTS.

Dokumentari ini membawa korang ke belakang tabir BTS Wings Tour mereka. Ia juga mendedahkan bagaimana mereka menjadi terkenal dan banyak lagi perihal menarik dalam dokumentari ini. Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah kerana mereka bercakap tentang kesusahan yang mereka lalui untuk berkembang dan menjadi yang terbaik.

Blackpink: The Movie 

“Blackpink: The Movie” lebih memfokuskan pada setiap ahli, tidak seperti dokumentari sebelumnya, “Blackpink: Light Up The Sky”. Dengan temu bual eksklusif, persembahan dan segmen berbeza untuk menunjukkan kenangan mereka bersama. Ia semestinya akan membuat korang tidak sabar untuk tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.

Jika korang terlepas menghadiri acara pertemuan peminat dan konsert yang berlangsung, korang wajib tonton dokumentari ini kerana ia pasti akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Big Bang Made: The Movie

Apabila BIG BANG membuat kemunculan semula selepas lama menyepi pada April 2015, mereka memutuskan untuk mengadakan ‘The Made World Tour’ dan menjadikannya sebuah filem. Mereka merakam jelajah dunia mereka untuk menunjukkan perjalanan sepanjang 340 hari. Dalam dokumentari ini ada diselitkan beberapa suasana ketika konsert, wawancara secara dekat dan peribadi, rakaman di sebalik tabir, dan perwatakan ahli kumpulan BIG BANG di luar skrin!

Hit The Road

Dokumentari ini mendedahkan perjuangan dan kisah peribadi idola K-Pop SEVENTEEN, ketika mereka melengkapkan jelajah dunia kedua mereka ‘ODE TO YOU’ dalam masa 6 bulan.

Suga: Road to D-Day

“SUGA: Road to D-Day” merangkumi tahun-tahun yang membawa kepada pelancaran album terakhir Suga sebagai Agust D. Selepas menjadi penyanyi K-Pop terkenal dalam masa kurang sedekad, Suga merancang kerjayanya dan perkara yang akan datang.

Dokumentari K-Pop ini menunjukkan pencarian Suga untuk mencari tujuan utamanya dalam industri muzik. Hal ini tercetus ketika dia mengembara ke seluruh dunia mencari inspirasi untuk album seterusnya. Ia memaparkan rakaman di sebalik tabir bersama pemuzik lain, dan sisi Suga yang mungkin tidak pernah dilihat oleh ramai peminat sebelum ini!

NCTmentary

“NCTmentary” ialah siri video dokumentari pendek yang diterbitkan untuk promosi  ‘NCT’s 2018 Empathy’. Di dalam dokumentari ini korang boleh lihat, ahli bercakap tentang impian dan perjuangan mereka dalam pelbagai bahasa. Mereka bercita-cita tinggi dan sangat komited untuk mencapai kejayaan dalam industri muzik Korea. Dokumentari ini mungkin sukar untuk difahami pada mulanya tetapi ia pasti satu konsep yang unik untuk ditonton.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...