Wah, ada drama baru lagi!
Terbaru, drama SBS, “Good Partner”, telah mengesahkan para pelakonnya. Ia bakal diterajui oleh Jang Na-ra dan Kim Jun-han serta dibantu oleh Nam Ji-hyun dan P.O.
Untuk pengetahuan, “Good Partner” mengisahkan tentang kerumitan kes perceraian yang dikendalikan oleh peguam terkenal Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), serta Han Yu-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam baru yang mengendalikan kes perceraian pertamanya. Bakal ada situasi di mana, satu kes akan mengubah hidup yang tidak dijangka, dihadapi oleh peguam perceraian semasa mereka mengharungi kes perpecahan keluarga.
Selain itu, Kim Jun-han bakal memainkan watak Jung Woo-jin, seorang peguam dan ketua pasukan penceraian di firma guaman yang berjaya mengawal emosi Cha Eun-kyung. Dia menyeimbangkan antara kebaikan dan ketegasan serta akan sentiasa menyokong Cha Eun-kyung pada masa yang sama, sedang menghadapi krisis perceraiannya. Manakala, P.O. akan memegang watak Jeon Eun-ho, seorang peguam optimis yang menjadi mentor berdedikasi kepada Han Yu-ri.
Tambahan, drama baru SBS itu dijangka tayangannya pada tahun 2024 ini.
Tak sabar nak tonton nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.