Sepertinya ramai yang merindui Seo Ye-ji!
Umum mengetahui, pelakon wanita itu memilih untuk menjauhkan diri dunia lakonan selepas terpalit dengan kontroversi mengawal kekasih, Kim Jung-hyun semasa mereka masih bercinta.
Walaupun kembali berlakon dalam “Eve” dua tahun lalu namun naskhah itu tidak mencapai rating memuaskan apabila ianya hanya mampu meraih rating serendah 3%.
View this post on Instagram
Kini, Seo Ye-ji dilihat bakal mula aktif dalam dunia hiburan selepas membuka akaun Instagram peribadi baru-baru ini. Terbukti dirindui, akaun itu telah pun meraih pengikut seramai 610,000 setakat ini.
Komen orang ramai,
- Permaisuri kita dah kembali!
- Cepat selamatkan dunia lakonan Korea.
- Saya rindu awak sangat.
Agak-agak dia akan kembali berlakon tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.