Ikuti Kami:

“CEO Akan Marah” – Diusik ‘Love Line’ Dengan Yoo Yeonseok, Jeon Somin Risau Dikecam

“CEO Akan Marah” – Diusik ‘Love Line’ Dengan Yoo Yeonseok, Jeon Somin Risau Dikecam

Siapa yang menonton “Running Man” pastinya mengetahui bahawa Jeon So-min merupakan seorang yang mudah jatuh cinta dan mudah ‘kamceng’ dengan lelaki.

Terbaru, wanita itu dilihat sering mengekori belakang tetamu Yoo Yeon-seok hingga menimbulkan tanda tanya dan menjadi bahan usikan ahli lain dan tetamu Cha Tae-hyun.

Ketika mencari bahan makanan, Jeon So-min secara sukarela menawarkan diri untuk membeli makanan bersama pelakon lelaki berkenaan. Malah wanita tersebut dilihat terus berada dekat dengan Yoo Yeon-seok ketika mereka memasak.

yoo yeonseok jeon somin

Usik Cha Tae-hyun dan turut bertanyakan soalan pada mesin ‘roulette’,

Adakah Jeon So-min dan Yoo Yeon-seok akan mempunyai apa-apa pada masa akan datang?

Walaupun tidak memaparkan secara nyata, namun Jeon So-min kelihatan sangat berharap dengan jawapan pada mesin itu. Nyata memberikan harapan, ‘roulette’ itu berhenti di jawapan ‘Ya’ sekaligus membuatkan semua orang bersorak gembira.

Wajah So-min berubah merah.

yoo yeonseok jeon somin

Balas wanita itu apabila Ji Suk-jin bertanya mengapa dia senyap sahaja,

CEO (agensi) akan memarahi saya.

Untuk pengetahuan, Yoo Yeon-seok dan Jeon So-min berada di bawah naungan agensi yang sama iaitu King Kong By Starship.

Melihatkan reaksi comel Jeon So-min, ramai yang meluahkan rasa teruja melihatkan dia tersipu malu.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...