Ikuti Kami:

Cecah Usia 13 Tahun, Pakar Analisis Rungkai Mengapa ‘Running Man’ Kekal Popular Hingga Kini

Cecah Usia 13 Tahun, Pakar Analisis Rungkai Mengapa ‘Running Man’ Kekal Popular Hingga Kini

Dari remaja ke dewasa, rata-rata kita sebenarnya membesar bersama program “Running Man” kan?

Masuk tahun 2023, secara rasminya program SBS itu sudah pun menjangkau usia 13 tahun. Walaupun sudah di tahap ‘veteran’ namun rancangan hiburan mingguan itu terus kekal popular di Korea dan serata Asia Tenggara. Korang rasa apa rahsianya?

Menurut Nielsen Korea, “Running Man” berjaya mencatatkan rating setinggi 8.3% bagi lingkungan penonton berumur 20 ke 49 tahun selama 5 minggu berturut-turut bermula Januari ini selepas menukar slot tayangannya.

Menurut penganalisis profesional, keserasian antara setiap ahli dan staf produksi yang sudah bekerja selama 13 tahun merupakan tunggak utama pada kejayaan itu selain ianya kian utuh pada saban tahun. Antara episod yang terus menjadi bualan ramai ialah ‘Running Man Outing’ di mana kerjasama dan ‘chemistry’ antara setiap ahli terserlah dengan hebat.

sbs running man

Meskipun mengambil inspirasi dari rancangan lama iaitu “Family Outing” namun kesemua mereka mampu memberikan nafas baru dengan pelbagai momen kelakar. Antaranya ialah sup ramen magis Yoo Jae-suk, obsesi Kim Jong-kook terhadap kayu api, Song Ji-hyo yang menggunakan perencah ikan bilis untuk 50 orang, tarian ‘Hype Boy’ dari Jong-seo PD dan tetamu Joo Woo-jae. Terbukti popular, klip episod itu meraih lebih 3 juta tontonan di YouTube kini.

Bukan itu sahaja, “Running Man” turut membuktikan ia masih ‘hot’ apabila berjaya menjemput tetamu ‘legenda’ dalam beberapa episod pada tahun ini. Dari episod ‘Pahlawan SEjati’ yang disertai oleh ahli seni mempertahankan diri popular iaitu Choo Sung-hoon dan Kim Dong-hyun dan Kim Shin-rok yang pertama kali muncul dalam program hiburan untuk episod istimewa ‘Amuka Pewaris Kaya’.

Bahkan mereka berjaya menjemput kesemua ahli IVE iaitu idola top dalam industri Korea kini. Malah video hukuman bersama kumpulan itu berjaya meraih 1 juta tontonan di Instagram dalam beberapa hari sahaja.

Paling dinantikan apabila program berkenaan mengumumkan kedatangan bintang Hong Kong terkenal iaitu Donnie Yen pada episod akan datang. Pertemuan itu pastinya akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggkan “Running Man” nanti.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...