Ikuti Kami:

Cecah Ratusan Ribu, Harga Perabot & Hiasan Dalam Rumah Lisa BP Buat Ramai Tergamam

Cecah Ratusan Ribu, Harga Perabot & Hiasan Dalam Rumah Lisa BP Buat Ramai Tergamam

Merupakan salah seorang idola K-Pop yang kaya, tidak terkejutlah melihat kehidupan mewah Lisa BLACKPINK kini.

Meskipun Lisa tidak pernah mendedahkan keseluruhan rumahnya namun, idola itu telah beberapa kali memuat naik foto dari pelbagai sudut, menunjukkan hiasan di dalam rumahnya.

Apa yang menarik perhatian, harga barangan perabot dan perhiasan di dalam rumah Lisa telah membuatkan ramai tergamam sehingga ada yang mencecah ratusan ribu!

Sofa (RM279,542)

lisa blackpink

Sebelum ini, Lisa pernah memuat naik fotonya sedang duduk di atas sofa di rumah, yang merupakan rekaan artis Itali terkenal, Francesco Binfaré.

Untuk pengetahuan, harga sofa itu berjumlah $59,025 (RM279,542) kerana ia terkenal dengan keselesaannya yang luar biasa.

Lampu hiasan (RM11,721)

lisa blackpink

Seterusnya adalah lampu hiasan di satu sudut rumah Lisa yang dijual pada harga lebih $2,475 (RM11,721). Ia diilhamkan oleh salah satu keajaiban seni bina terbesar Rom purba iaitu Colosseum elips.

Pemain Rekod Vinyl (RM4,475)

lisa blackpink

Merupakan seorang peminat muzik, Lisa juga sanggup berbelanja sejumlah $945 (RM4,475) untuk pemain rekod Vinyl dari jenama UK yang sangat terkenal iaitu Rega, dengan model Planar 3.

Televisyen (RM22,211)

lisa blackpink

Peminat pasti tahu bahawa Lisa juga suka mengisi waktu lapang dengan menonton K-Drama dan filem. Oleh itu, wanita tersebut mempunyai Televisyen OLED dari jenama LG dengan resolusi 8K, harga mencecah $4,690 (RM22,211).

Katil (RM136,846)

lisa blackpink

Sibuk dengan pelbagai aktiviti, ahli termuda BLACKPINK itu juga nampaknya tidak kisah untuk mengeluarkan wang sebanyak $28,895 (RM136,846) untuk katil yang pastinya memberikan keselesaan maksima.

Harga barangan dalam rumah pun dah macam boleh beli sebiji rumah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...