Ikuti Kami:

Dah Dapat Restu! Frédéric Arnault Beri Hadiah Hari Jadi Buat Ayah Lisa BP

Dah Dapat Restu! Frédéric Arnault Beri Hadiah Hari Jadi Buat Ayah Lisa BP

Nampaknya, makin terdapat banyak bukti menyatakan bahawa Lisa BP merupakan kekasih kepada Frédéric Arnault.

Terbaru pada 15 Oktober, Lisa telah pulang ke Thailand untuk menyambut ulang tahun kelahiran bapanya.

Menerusi foto yang dikongsi ibunya di Instagram, ahli termuda BLACKPINK itu tampil comel dengan dress denim beserta beberapa kepit rambut.

Bagaimanapun, perkara lain yang menjadi perhatian adalah hadiah yang dipegang oleh wanita itu buat bapanya di majlis berkenaan. Khususnya, ia merupakan kotak jenama jam tangan mewah TAG Heuer dan ia dipercayai merupakan pemberian ‘kekasih’ Lisa iaitu Frédéric Arnault.

lisa blackpink frédéric arnault

Untuk pengetahuan, Frédéric Arnault merupakan CEO kepada TAG Heuer dan ia juga merupakan salah satu syarikat bapanya di bawah LVMH.

Sebelum ini, Lisa dan lelaki itu juga telah beberapa kali ‘ditangkap’ keluar dating bersama seperti di Paris dan Thailand.

Alolo dah dapat restu keluarga ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...