Ikuti Kami:

Cecah Jutaan Ringgit, Ini Bayaran Nam Joohyuk Ketika Bintangi ‘Twenty Five, Twenty One’

Cecah Jutaan Ringgit, Ini Bayaran Nam Joohyuk Ketika Bintangi ‘Twenty Five, Twenty One’

Biasa hidup sukar, Nam Joo-hyuk berjaya mengubah hidupnya 180 darjah sejak bergelar selebriti.

Menerusi program ‘TMI News Show’ yang ditayangkan baru-baru ini, pelakon lelaki itu dinamakan antara selebriti yang berjaya mengubah hidup menjadi ‘bos’ kini selepas bersusah payah bekerja sebagai pekerja separuh masa dahulu.

Nam Joo-hyuk yang berdiri pada ketinggian 184cm ketika sekolah menengah rendah terpaksa melupakan impian untuk menjadi pemain bola keranjang kerana kecederaan serius. Dia kemudiannya menggunakan kemahiran yang ada untuk bekerja separuh masa sebagai jurulatih untuk kelas bola keranjang.

nam joohyuk

Dia dikenali kerana pernah bekerja pelbagai kerja ‘tepian’ seperti penyusun troli pasar raya, pembantu parkir, pembantu stesen pam minyak dan lain-lain kerana situasi keluarga yang tidak mengizinkan pada ketika itu.

Apa yang menarik perhatian penonton ialah bayaran yang diterimanya sebagai pelakon kini,

Sebelum debut, pada 2013, Nam Joo-hyuk bekerja di tiga tempat sebulan dan memperolehi 2,449,440 won (RM8,300). Sekarang, pelakon itu menerima 50 juta won (RM169,489) setiap episod bermakna dia dibayar 800 juta won (RM2.7 juta) untuk kemunculan dalam drama 16 episod. Dengan itu, pendapatannya meningkat sebanyak 326 kali.

nam joohyuk

Hebat kan Nam Joo-hyuk?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...