Selain nyanyian dan tarian, adakah Lisa BLACKPINK akan mengembangkan kerjayanya dalam dunia lakonan pula?
Terbaru, peminat perasan bahawa akaun Instagram “The Walking Dead”, iaitu siri zombi Amerika popular telah mula mengikuti Instagram peribadi milik Lisa.
Tambahan pula, pasukan drama itu juga sedang berada di Paris kini untuk memulakan penggambaran.
Dengan ini, terdapat khabar angin bahawa ahli BLACKPINK itu juga akan terlibat untuk spin-off siri itu memandangkan dia juga kerap dilihat berada di Paris kini.
Malahan sebelum ini, Lisa juga dilihat duduk bersebelahan dengan salah seorang pelakon “The Walking Dead” iaitu Norman Reedus, ketika menonton perlawanan bola sepak pada November lalu.
Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan sah daripada mana-mana pihak mengenai dakwaan berkenaan.
Sama-sama kita nantikan!