Ikuti Kami:

Bergegas Ke Paris, Lisa BP Tinggal Bersama ‘Kekasih’ Frédéric Arnault Kini?

Bergegas Ke Paris, Lisa BP Tinggal Bersama ‘Kekasih’ Frédéric Arnault Kini?

Sejak kebelakangan ini, Lisa BLACKPINK nampaknya semakin kerap ke Paris.

Sebelum ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa Lisa telah berpindah dan menetap di Paris, apabila dia turut membawa anjing peliharaannya ke negara tersebut.

Tambahan pula, ada yang membuat dakwaan bahawa wanita itu juga sudah tinggal bersama dengan kekasih khabar anginnya iaitu Frédéric Arnault, memandangkan ahli BLACKPINK itu seringkali dilihat berada di Perancis.

Terbaru pada 20 Disember, Lisa juga terus bergerak ke negara tersebut, sejurus selepas selesai menghadiri acara Celine di Thailand.

Dengan ini, ia semakin membuktikan dakwaan orang ramai mengenai hubungannya bersama Frédéric Arnault dan kehidupan barunya di Paris.

Namun, agensi masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa respon mengenai khabar angin berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...