Ikuti Kami:

Catat Sejarah, RM BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Kekal Dalam Tangga Teratas Billboard

Catat Sejarah, RM BTS Jadi Artis Solo Korea Pertama Kekal Dalam Tangga Teratas Billboard

Lepas satu kejayaan, datang lagi satu kejayaan ya buat RM!

Terbaru, Billboard mengumumkan bahawa album solo terbaru RM BTS, “indigo” telah berjaya memasuki semula dalam carta Top 200 Albums, berdasarkan penelitian mingguan setelah album itu mula menjadi album fizikal popular, sejak ianya dikeluarkan di Amerika Syarikat.

Minggu ini, “indigo” berjaya memasuki semula carta dengan berada di tempat yang ke-3 sekaligus menunjukkan bahawa lagu tersebut berjaya berada di dalam carta 10 teratas selama 2 minggu berturut-turut. rmIni juga menandakan bahawa, RM kini artis solo Korea pertama dalam sejarah, yang berhasil menduduki tempat ke-3 dalam carta, yang mana turut berjaya mengalahkan jumlah mini album Na-yeon TWICE (IM NAYEON) yang hanya berjaya kekal di tempat ke-7 dalam carta.

Menurut Luminate, “indigo” kini memperoleh jualan album sejumlah 83,000 unit sepanjang minggu yang berakhir pada 22 Disember lalu. Jumlah itu terbahagi kepada 79,000 jualan album secara tradisional, manakala 4,000 lagi adalah unit album secara penstriman.

Wah, hebatlah RM! Korang suka tak album “indigo”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...