Ikuti Kami:

“Saya Pilih Yang Paling Mahal” – RM BTS Kongsi Cara Pilih Hadiah Bermakna Bagi Rakan

“Saya Pilih Yang Paling Mahal” – RM BTS Kongsi Cara Pilih Hadiah Bermakna Bagi Rakan

Kalau dah kaya tu, nak bagi hadiah kat orang pun mahal kan….

Terbaru, satu video “Ask BTS’S RM For Income Tax In 2022” telah dimuat naik ke laman YouTube di bawah saluran Psick Univ. RM hadir ke rancangan tersebut sebagai tetamu dan juga menjadi wakil sebagai BTS. rm btsMenerusi video tersebut, mereka berbual mengenai hadiah hari jadi dan juga wang pengucapan tahniah. Dalam sesi temu bual tersebut, Jung Jae-hyun bertanya kepada RM,

Berapa banyak hadiah yang kamu hantar kepada rakan-rakan kamu sewaktu ulang tahun mereka?

RM menjawab,

Ini adalah soalan yang agak sukar dan ‘tricky’. Wang pengucapan tahniah juga masalah utama saya. Apabila menghantar hadiah menerusi ‘messenger’, saya selalu memilih hadiah yang paling normal. Daging Hanwoo (daging premium Korea).

RM juga menambah,

Tapi saya juga ada maruah diri. Kalau saya cari hadiah, saya selalu letak pilihan kepada ‘harga tertinggi’. Tapi harga yang paling tertinggi ini adalah antara 1 milion won (RM 3,387) kepada 500,000 won (RM1,693). Jadi, saya akan memilih di antara 200,000 won (RM677) dan 300,000 won (RM1,016). 

Melihat kepada jawapan RM, ahli-ahli Psick Univ juga berkata,

Ianya sungguh realistik. Jawapan kamu sama seperti saya dan kamu sangat jujur. 

Takpelah, kaya tapi pemurah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...