Meskipun belum debut solo secara rasmi namun, Jung-kook BTS nampaknya telah mempunyai pelbagai pencapaian mengagumkan.
Terbaru, Jung-kook telah disenaraikan sebagai penyanyi solo K-Pop pertama yang mencatatkan 1 bilion penstriman di laman Spotify dalam tempoh paling singkat.
Menurut Guinness World Records, Jung-kook telah mencapai 1 bilion strim pada 27 Mac lalu, dengan hanya tiga lagu iaitu “Stay Alive”, “Left and Right” dan “Dreamers”.
Untuk pengetahuan, ahli BTS itu mengambil masa hanya 409 hari untuk mempunyai pencapaian sedemikian dan telah mencatat rekod hebat sebagai penyanyi K-Pop.
Sementara itu, agensi juga turut berkongsi bahawa Jung-kook sedang dalam proses mengerjakan album solo pertamanya kini.
Tahniah Jung-kook!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉